Ahad, 19 Januari 2014

Makanan Pejal Baby

Assalamualaikum dan Hello :)

Petang ni nak share mengenai makanan pejal untuk baby. Masa p cucuk baby Atiq 5 bulan Sister Fina ingatkan masa sesuai bagi baby makan apabila cukup 6 bulan. Saya diamkan aje, sebenarnya baby saya semua 5 bulan lebih belum masuk 6 bulan dah mula bagi makanan pejal.

Mula-mula saya bagi makan Nestum Cerelac Beras Merah. Sekali sehari je dulu.






 Suke sangat Atiq makan Nestum Beras Merah. Kul 10 - 11 pagi dah makan, kalu lambat sikit bising la mulut die.
Dah masuk umur Atiq 6 bulan, mula bagi makan bubur nasi, letak carrot, kentang, ayam. Berasnye blend dulu pastu masak pakai slow cooker. 
Bubur yang dalam gambar ni bubur manis, letak carrot, gula dan santan. Dalam bubur tu campurkan Growell keluaran Era Edar Marketing. 

  Growell packing baru 2013




 Growell packing lama, masa Amni baby, 2012
Terpulang pada ibu-ibu semua nak bagi baby masing-masing makan cuma tak digalakkan terlalu awal kerana boleh menyebabkan masalah usus. Semoga baby anda semua membesar dengan sihat, ceria sentiasa.

1 ulasan:

  1. TITanium Easy Flush 125 Amp Welder - TITanium-Arts.com
    TITanium blue titanium cerakote Easy Flush 125 Amp Welder. Description. TITIAN TINIC HOT FOUR trekz titanium pairing FLUZE, 120 ml. This cobalt vs titanium drill bits fine-grade coating is ideal titanium iv chloride for storing food and snacks. Rating: 5 titanium bicycle · ‎1 review

    BalasPadam