Penghujung 2013
17/12/2013 PERAK - KELANTAN
Cuti sekolah dah lama berlalu, baru dapat balik Kelantan lepas rindu buat Ayahbonda Tercinta dan ahli keluarga di kampung. Nak buat camne, tuntutan kerja dan tanggungjawab pihak suami.
On The way balik Kelantan singgah R&R Air Banun
Musim Monyet membiak kot ( tak sempat snap gambar ) ade yang dukung anak, nampak je ade tetamu singgah keluarga monyet ni pun keluar. Entah cam ne boleh melompat kat kaki Amirul, kesian anak bujang dah fobia dan nampak terkejut.
Masa ade peluang sihat dan rebut peluang masa mana yang sempat kita ziarah.
Seronok Abang dan Adik ni sampai rumah Tok Su dulu.
Gembiranye wajah bonda menyambut kepulangan cucu-cucu
18 Disember 2013 abah ajak p rumah kawan die Darmawien, kat Taman Hidayah Labok Machang, bawa Tok Ayah sekali, kali ni baru umi awien banyak sembang.
Tok Ayah, biasa la suka ngan tanaman herba, macam dah faham Awien bagi Ayah bawa balik
KELANTAN - PERAK
Masa ni dah nak gerak balik Perak, singgah tempat keje "Tok Mek' deme ni dulu
Sebelum gerak ke Perak singgah di Kg. Air Kerla rumah anak arwah Tok Su, Zabidah suaminya Jakaria pasangan yang mempunyai 8 anak. Harmoni je anak ramai, seronok deme melayan baby Atiq, maklum la baby semua orang suka kan :)
Amirul dan Amni teruja naik buaian, abah tumpang dua kaki :)
Usai solat Zuhur kami dah nak gerak balik Perak, bergambar kenangan dulu ngan tuan rumah
Anak Kak Zabidah yang lelaki baju merah tu namanya Khaidir, baru lepas PMR 7A. Sebelah Kak zabidah tu nama Zaleha masih belajar di Giat Mara Rembau, Negeri Sembilan course rekabentuk perabut. Perempuan belakang tu namanya Mariam belajar kat Giat Mara juga course Electric, yang bongsu baju biru depan tu namanya Shafie masih belajar Tahun 3 di SK Air Kerla. Sorang lagi yang belakang tu pemalu sikit lupa pulak namanya.Aduss dah save kat dalam Smart Phone boleh terdelete. Tak pe la ade masa singgah lagi. Eratkan silaturrahim.
(yang tiada dalam gambar anak sulong, Zainal tinggal dan bekerja di Johor dan anak kedua, perempuan).
Tuan rumah hantar sampai ke jalan. Jumpa lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan