Sabtu, 18 Januari 2014

Family Day UOC Disember 2013


Kisah Penghujung 2013

Langkap - Pangkor
24 - 25 Disember 2013 Family Day UOC Imigresen Depot Langkap
Sertai Hari Keluarga grup 'abah' di Pulau Pangkor. Gerak dari rumah agak lewat juga, jam 11.00 pagi kerana masalah kenderaan. Dari rumah dijemput Hiace Depot Langkap yang dipandu IO Shamsul Mohd Yusof. Penumpang yang lain IO Mastura isteri IO Shamsul, IO Hanafiah dan isterinya Nor Zira, IO Suren serta IO Syahril yang menumpang sehingga Teluk Intan kerana ada urusan lain. 

Tiba kat Jeti Lumut dah jam 1.00 lebih. Disebabkan tiba agak lewat dari jadual yang dirancang, semua keluarga terus berkumpul di jeti. Feri telah menunggu untuk diisi dengan penumpang, kali ni agak lain dari biasa, bukan penumpang yang menunggu feri, lagi satu mungkin sebab cuti Krismas, ramai yang datang bercuti. 



Isteri IO Nor Azrul @ Awe, IO Azlim Ayong ngan baby yang baru 2 Bulan 1 minggu, Nur Imanina Izati. Anak lelaki sebaya Amirul, Izz Anaqi Farhad dan Izz Hafiy Farhan 4 tahun. Anak sulongnya Aina 9 tahun dan yang kedua Syafia 7 tahun.

Ini pengamalan pertama pergi ke Pulau Pangkor. Amirul dan Amni yang teruja. Amni dah boleh biasakan diri ngan keluarga Imigresen, kali ni IO Suren yang melayan karenahnya. Tengok la dah macam baby sitter :)



hihihi, lagi gambar Amni ngan IO Suren, caring betul cam ni, terima kasih ade yang membantu :)




Beratur nak masuk feri, posing dulu ...


Pasangan IO Shamsul dan IO Mastura, senang hati umi ade yang membantu, terima kasih :)


Umi pun nak posing jugak ngn baby Atiq...

 kami dah sampai 


Sempat snap pic gegurl umi, cian naik van berasingan ngan umi, Amni naik van ngan Achik Zira dan Uncle Syahrol, riuh mulutnye bertanya mana umi? mana abah? mana abang ayoi? mana bay Atiq ? kata Achik Zira...

Destinasinye di sini, penginapan 2 hari 1 malam kat sini la...


Bertuah umi ni, ikut abah p beli makan, dia borong mainan dulu, ha... kiri kanan... semua dia punye :)


 Aktiviti malam, makan2 je, Amni memang suke :)



Family IO Azhar


Si Baju Hijau ni, anak IO Specky yang aktif sangat dan tak mau diam, berjalan je :)


 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan