Sabtu, 25 Januari 2014

Amni Kembar Dalam Rahim Umi

Assalamualaikum

Buat pengetahuan Amni, kenangan indah proses kehamilan, kelahiran yang Umi perlu kongsi ...

Proses kelahiran Amni agak mudah berbanding Abang Amirul, kata orang anak kedua dan juga anak perempuan, itu kata-kata orang, Umi terima yang penting lahirnya selamat , sihat, syukur Alhamdulillah.

Sepanjang mengandungkan Amni, Umi agak aktif dan banyak bergerak. Tidak seperti semasa Umi mengandungkan Abang Amirul, semuanya terkawal. Pergi dan balik sekolah, Abah hantar dan ambik. Umi langsung tak drive keta. Usia Amni dah lapan minggu dalam rahim, Umi baru tahu sebab lama sangat tak period.Lucunya tanda, nak bagitau hadirnya Amni dalam rahim Umi, suatu pagi Umi nak masak untuk bekal Abang Amirul kat rumah Mak Mas, masa panaskan minyak dalam kuali nak goreng ikan tiba-tiba tekak rasa loya, Umi terus berkejar ke bilik air, muntah? Beli Pregnancy Test, dan check sendiri dulu kemudian baru pergi KKIA Langkap, untuk pengesahan. 26 Januari 2011, kandungan berusia lapan minggu.

Umi drive keta macam biasa walaupun dah disahkan mengandung. Pada pagi 2 Februari 2011, Umi bleeding, color darah fresh. Terus pergi KKIA Langkap. Doktor Fadhlina Ilyani bt. Mohd Hanapi, buat pemeriksaan, scan. Doktor bagi tempoh, sekiranya darah masih keluar dalam masa seminggu perlu segera ke Hospital Teluk Intan.

Hati Umi tak tenang, bincang ngan abah, pergi Klinik Jyothy kat Teluk Intan. Doktor bagi ubat supaya darah stop. Balik dari Klinik Jyothy beli air Zam-zam, ikhtiar di samping doa. Minum air zam-zam dan doa banyak-banyak semoga kandungan selamat. Alhamdulillah, darah dah berhenti keluar.

Masuk minggu kesepuluh, 11 Februari 2011 tengah bersiap nak ke sekolah, bleeding lagi, color darah merah pekat, kehitaman. Terus pergi KKIA Langkap. Doktor Fadhlina Ilyani bt. Mohd Hanapi, buat pemeriksaan, scan. Doktor terus contact Klinik 6 dan minta Umi follow up Hospital Teluk Intan. Pelbagai rasa dalam hati namun tak pernah berhenti berdoa semoga kandungan tetap selamat. 

Sampai di Klinik 6 tunjukkan surat dari Doktor Fadhlina Ilyani Klinik langkap. Lawak betul, panik agaknya, staff nurse kat Klinik 6 tu lihat sekali imbas je buku check up, maklum la tulisan doktor, '32 yr's' nurse tu set dalam mind dia '32 week'. So, Umi dihantar terus ke labor room. Dalam hati risau pula nak terus dnc ke? Sampai kat labor room baru tau,dah berlaku salah faham, staff nurse dari Klinik 6 terus berlalu sebelum sempat staff nurse labor room check Umi. Bising juga la staff nurse labor room sebab hari tu ramai ibu yang tunggu untuk bersalin. So, tak de staff yang dapat hantar Umi masuk wad. Umi call abah untuk register wad, masuk wad dulu untuk pemeriksaan. Lama juga kena stay kat labor room sementara tunggu dihantar ke wad. Walaupun ni pengalaman kedua, tetap rasa risau juga dengar suara ibu-ibu yang menghadapi saat kesakitan bersalin, dan suara baby menangis dalam labor room.

Selepas doktor buat pemeriksaan, Umi dihantar semula ke labor room untuk scan. Scan dalam rahim, masa ni Umi dah pasrah. Dalam hati cuba untuk terima apa sahaja ketentuanNya. Selepas scan, dimasukkan semula ke wad sementara menunggu keputusan. Bermalam di wad la malam ni. Kesian Abang Amirul, tidur ngan abah je la malam ni. Umi pun tak lena tidur sebab tak pernah berpisah tidur ngan Abang Amirul.


Antara sedih dan gembira... Alhamdulillah
Esoknya, Dr. Maisara Hj. Saian, sahkan hasil scan, kandungan kembar. Bleeding satu, dah gugur, masih lagi ada satu, kembar kantung berbeza. Alhamdulillah, masih ada satu yang selamat. Umi redhakan, pasti ada hikmah di sebaliknya.


Sejak keluar wad, Umi dah tak drive keta, bermula la abah hantar dan jemput Umi balik sekolah. Kesian juga kat abah, keje shift terkejar-kejar balik keje pagi hantar Umi ke sekolah. Kalau keje shift pagi, abah tak keluar rehat, sebab ganti masa rehat tu untuk jemput Umi balik keje. Kadang-kadang kalau abah tak sempat, Umi tumpang kawan. Terima kasih buat Cikgu Nor Azira Arbain dan Cikgu Yuslina bt Mohd Yusoff pernah tumpangkan keta, hantar Umi balik rumah. 

Kawan Umi, Cikgu Nor Azira (cermin mata)  dan Cikgu Yuslina (tudung hijau) tudung pink tu PPM  Pra SKD, Ibu Sal


Sewaktu di sekolah, Umi dapat kelulusan pentadbir mengajar di kelas bawah dan tak perlu menapak ke Bilik j-Qaf di Aras 4. Kebetulan pula, masa tu pemantau dari JPN, kes Umi dirujuk terus bersama surat pengesahan doktor, Alhamdulillah bantuan Allah, ibu hamil diberi kelonggaran, boleh laksanakan PdP sambil duduk.


Walaupun tak drive, masih lagi aktif, banyak hadiri jemputan dan kenduri kahwin, sanak saudara dan kawan-kawan abah. Abah pun tahun ni agak sibuk. Antara tanggungjawab kerja dan tanggungjawab pada keluarga. Pertama kali 2011, Depot Imigresen Langkap menyertai Pertandingan Perbarisan peringkat Negeri Perak dan abah turut tidak ketinggalan menyertainya. Sepanjang tempoh kandungan semakin membesar, abah juga sibuk dengan latihan. Lokasi pertandingan bertempat di Ipoh. Saat-saat akhir hari latihan, Umi dan Abang Amirul ikut ke Ipoh, bermalam kat rumah mak long dan pak long. 


  Perbarisan Depot Imigresen Langkap Perak

Mak Long dan Pak Long

Dua malam sebelum hari kelahiran Amni, Umi sempat hadiri Jamuan Raya JIM bertempat di bangunan KDN Ipoh. Abang Amirul paling seronok. 

Umi dan Abah


 Beratur terima duit raya... wink... wink...

 Terima kasih daun keladi Tuan Pengarah, asal Kelate jugak ni :)


Lepas dapat duit raya, senyap-senyap nak gi mana tu?


sini rupanya, dah dapat yang diidamkan :)







Sessi Abah memujuk, dah tak mau turun ...

Keesokan harinya, sempat lagi hadiri kenduri rumah kawan abah, IO Sall Sweetie (ikut akaun Facebook). Selamat Pengantin Baru Buat Sall dan pasangan. Baarakallahulakuma.


Selesai makan, gerak balik Langkap, kali ni ikut jalan Seri Iskandar, Kg. Gajah jauh sikit. Sepanjang perjalanan, dari Kg. Gajah ke Langkap, kontraksi dah mula terasa tapi lama sikit jaraknya. Sampai rumah, masing-masing dah penat, tidur awal. Jam empat pagi dah tak boleh tidur, kontraksi semakin kerap. Masa kandungan mengeras, nak melangkah pun tak larat. Kena berpaut kalau kena time berdiri. Kejut abah, bagitau. Abah tanya nak terus pergi hospital ke? Umi masih bertahan. Fikirkan semasa lahirkan Amirul dulu, kontraksi lama baru bersalin, (rupanya tak sama, anak pertama dan anak seterusnya). Tunggu lagi selepas solat subuh baru pergi. Siap mandi dan solat subuh, terus gerak ke Hospital teluk Intan. Tiba di Dewan Bersalin jam 7:30 pagi, register dan masuk labor room.

7:50 pagi (sms umi - abah)
Tgu nak cek jalan, abg dah register wad ke?

8:12 pagi (sms umi - abah )
Dah cek jalan... kena masuk wad dulu... tapi banyak lagi proses sebelum deme hantar ke wad

9:28 pagi (sms umi - abah )
Abg kat mana? nak ambil air minum


9:31 pagi (sms umi - abah)
Jap kena cek pulak

10:06 pagi (sms umi - abah )
Mula-mula cek doktor kata jalan baru buka sikit, ni kata cepat pulak. kalu 4cm dah masuk bilik bersalin...sebab anak kedua, ni 3cm

10:50 pagi (sms umi - abah)
Masuk bilik bersalin dah ni

11:57 pagi (sms umi - abah)
Hantar beg baju baby ngan pampers
Alhamdulillah! Dah bersalin baby girl

Proses lahirkan Amni memang mudah dan tempoh kontraksi tak memakan masa yang lama, tapi kali ni MVP Plasenta lekat, masuk dewan bedah 12:30 tengahari, tunggu doktor ON CALL sebab hari minggu. Jam 3:00 petang baru sedar, masuk wad GC katil No.10  ( duk katil kelas 3 dulu sebab katil penuh)

Masa keluar dewan bedah, Umi masih mamai, dapat dengar suara Abang Amirul cakap  berulang kali 'abah, umi sakit' ...'abah, umi sakit'  sayu hati umi, Abang Amirul anak yang baik dan bijak, dalam usia genap dua tahun mampu memahami kesakitan umi.

Masa ni belum kuatkuasa, kanak-kanak bawah 5 tahun boleh masuk kawasan wad, dapat la Abang Amirul tengok baby Amni, bertambah cucu Tok ayah yang ke-38 dan cucu opah Lenggong yang ke-37

Wan Amni Darwisyah


Pinky-pinky la gegurl Umi

Teruja dapat baby, Umi doakan semoga Abang Amirul juga menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab, jaga adik dan sayang adik-adik.


Zilion Thank's untuk abah, banyak membantu sepanjang tempoh, mengandung, berpantang dan membesarkan anak-anak, segala jasa dan pengorbanan hanya Allah yang dapat membalasnya, semoga ganjaran pahala yang berlipat ganda, Syurga ALLAH hendaknya.
Amni, adalah amanah Allah buat Umi dan Abah, semoga Amni menjadi anak yang solehah, hamba Allah yang taat kepada perintah Allah dan Rasul junjungan yang mulia, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Aamiinn.


Kelahiran yang ditunggu-tunggu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

B RAMPING COFFEE

Assalamualaikum dan Hello :)

Saya nak update B RAMPING COFFEE lagi, testimoni yang hebat-hebat mengundang rasa teruja untuk mencuba. Jom review mengenai B RAMPING COFFEE :)



B RAMPING COFFEE SOLUTION (Diet Tanpa Berlapar!)
  • Untuk kurangkan berat badan & shape kan body
  • Dari ekstrak tumbuhan semulajadi, selamat tanpa kesan sampingan
  • Kurangkan lemak di pinggang, perut, kaki, lengan
  • Bukan sahaja hilang berat badan, pinggang, pinggul & lengan akan loose inci!
  • Tiada masalah lesu-lesu badan lagi
  • Badan jadi lebih bertenaga dan rasa ringan je...
  • bangkit dari tidur badan rasa lebih segar dan bertenaga
  • Tiada effect cirit-birit, pening-pening atau kesan-kesan lain
  • Tiada effect jangka panjang pada badan sebab mendapat Kelulusan GMP KKM dan HALAL




KELEBIHAN BRC

- Dapat mengurangkan 20-30% berat badan dalam jangka masa panjang
- Mengecilkan bahagian-bahagian yang mempunyai benjolan lemak berlebihan
- Mengurangkan potensi untuk makan lebih banyak
- Meningkatkan METABOLISM dengan berkesan
- Bakar lemak & Kalori dengan pantas
- Menghapuskan lemak berlebihan
- Membantu mengurangkan selera makan
- 100% TIADA kesan sampingan
- Melancarkan pergerakan usus
- Membuang toksin yang merbahaya
- Membuang angin dalam badan
- Mudah bangun tidur

Berminat ? Boleh CALL/SMS/WHATSAPP 012-7185239 (ZILINA)

 

Rabu, 22 Januari 2014

Assalamualaikum



MINUM KOPI BOLEH RAMPING,KURUS??? Wahhh kena cuba ni….

Produk ini ownernya mempunyai kilang bertaraf GMP.Mestilah ramuan2 terbaik sahaja di adun untuk menjadi satu produk gempak di pasarann...
jOM GRAB!!!
 



Ahad, 19 Januari 2014

B RAMPING COFFEE MAJALAH HARMONI FEBRUARI 2014

Assalamualaikum dan Hello :)

Sebelum beradu dan rehat-rehatkan badan dan minda sebelum mulakan kerja esok hari nak update sikit pasal B RAMPING COFFEE

Berita baik, BRC akan muncul dalam Majalah Harmoni awal Feb 2014! Exact date saya akan reveal laga. Power kan HQ BRC? Yess! BRC nak buat BESAR dan LAJU! Flyer pun on the way siapkan.

Now ambek gambar ni promot-promot dulu. 





Bulan depan, saya update lagi TAKTIK GEMPAKKAN FB. Exclusively for FAMILI BRC. So yg confirm jadi stokis negeri, stokis dan agen shj dipelawa masuk group dan belajari taktik ini.

Update terbaru pencalonan BRC.PRODUK BAKAL MELETOP 2014.Jom penuhi team kami...jangan sampai ketinggalan.KOUTA ADALAH TERHAD YER..sayang2 semua


B RAMPING COFFE ADLEESYA BEAUTYSHOP TEAMS
Negeri Sembilan
Stokis Negeri: Adleesya Beautyshop

Stokis:
MommyIka AndKiddos,
Eida Hidayati Hassan,
Ryn Shop,
Wanie Harun,
De Chomel Cosmetic.

Agen under Eida Hidayati Hassan:
1.Mas Myraz,
2.Nor Shuhada Abu,
3.Bee's Watie,
4.Abby Hassan,
5.Nani Husin,
6.Azlia Alyea,
7.Wawa OldRose,
8.Eydha Makhtar.
9.Jel Z'shope.

Agen under De Chomel Cosmetic:
1.Ida Rohaiza.
2.Zaimah Zakaria.
3.Azie Ujie


Agen under Wanie Harun.
1.Norti Mat Tahir.
2. SQF Market-Beauty.
3.Zu Badruz.
4.Mummy Miera
5.Nurzilina Binti Zali.
6.Deq Ram
7.Oji Jiha.
8.Hannan Al-Qudsey.

Agen under MommymyIka AndKiddos.
1.

Agen under Ryn Shop.
1.

Bagi yang berminat untuk mengisi kekosongan Dealer yang ada sebelum produk ni di keluarkan.JOM PM STOKIS2 KAMI SEKARANG!!!!!

Makanan Pejal Baby

Assalamualaikum dan Hello :)

Petang ni nak share mengenai makanan pejal untuk baby. Masa p cucuk baby Atiq 5 bulan Sister Fina ingatkan masa sesuai bagi baby makan apabila cukup 6 bulan. Saya diamkan aje, sebenarnya baby saya semua 5 bulan lebih belum masuk 6 bulan dah mula bagi makanan pejal.

Mula-mula saya bagi makan Nestum Cerelac Beras Merah. Sekali sehari je dulu.






 Suke sangat Atiq makan Nestum Beras Merah. Kul 10 - 11 pagi dah makan, kalu lambat sikit bising la mulut die.
Dah masuk umur Atiq 6 bulan, mula bagi makan bubur nasi, letak carrot, kentang, ayam. Berasnye blend dulu pastu masak pakai slow cooker. 
Bubur yang dalam gambar ni bubur manis, letak carrot, gula dan santan. Dalam bubur tu campurkan Growell keluaran Era Edar Marketing. 

  Growell packing baru 2013




 Growell packing lama, masa Amni baby, 2012
Terpulang pada ibu-ibu semua nak bagi baby masing-masing makan cuma tak digalakkan terlalu awal kerana boleh menyebabkan masalah usus. Semoga baby anda semua membesar dengan sihat, ceria sentiasa.

Sabtu, 18 Januari 2014

Family Day UOC Disember 2013


Kisah Penghujung 2013

Langkap - Pangkor
24 - 25 Disember 2013 Family Day UOC Imigresen Depot Langkap
Sertai Hari Keluarga grup 'abah' di Pulau Pangkor. Gerak dari rumah agak lewat juga, jam 11.00 pagi kerana masalah kenderaan. Dari rumah dijemput Hiace Depot Langkap yang dipandu IO Shamsul Mohd Yusof. Penumpang yang lain IO Mastura isteri IO Shamsul, IO Hanafiah dan isterinya Nor Zira, IO Suren serta IO Syahril yang menumpang sehingga Teluk Intan kerana ada urusan lain. 

Tiba kat Jeti Lumut dah jam 1.00 lebih. Disebabkan tiba agak lewat dari jadual yang dirancang, semua keluarga terus berkumpul di jeti. Feri telah menunggu untuk diisi dengan penumpang, kali ni agak lain dari biasa, bukan penumpang yang menunggu feri, lagi satu mungkin sebab cuti Krismas, ramai yang datang bercuti. 



Isteri IO Nor Azrul @ Awe, IO Azlim Ayong ngan baby yang baru 2 Bulan 1 minggu, Nur Imanina Izati. Anak lelaki sebaya Amirul, Izz Anaqi Farhad dan Izz Hafiy Farhan 4 tahun. Anak sulongnya Aina 9 tahun dan yang kedua Syafia 7 tahun.

Ini pengamalan pertama pergi ke Pulau Pangkor. Amirul dan Amni yang teruja. Amni dah boleh biasakan diri ngan keluarga Imigresen, kali ni IO Suren yang melayan karenahnya. Tengok la dah macam baby sitter :)



hihihi, lagi gambar Amni ngan IO Suren, caring betul cam ni, terima kasih ade yang membantu :)




Beratur nak masuk feri, posing dulu ...


Pasangan IO Shamsul dan IO Mastura, senang hati umi ade yang membantu, terima kasih :)


Umi pun nak posing jugak ngn baby Atiq...

 kami dah sampai 


Sempat snap pic gegurl umi, cian naik van berasingan ngan umi, Amni naik van ngan Achik Zira dan Uncle Syahrol, riuh mulutnye bertanya mana umi? mana abah? mana abang ayoi? mana bay Atiq ? kata Achik Zira...

Destinasinye di sini, penginapan 2 hari 1 malam kat sini la...


Bertuah umi ni, ikut abah p beli makan, dia borong mainan dulu, ha... kiri kanan... semua dia punye :)


 Aktiviti malam, makan2 je, Amni memang suke :)



Family IO Azhar


Si Baju Hijau ni, anak IO Specky yang aktif sangat dan tak mau diam, berjalan je :)